Dikuasakan oleh Blogger.

Tertipu dengan barangan DISPLAY

>> Selasa, 31 Mei 2011


Pernah tak korang gi beli barang macam washing machine atau ape2 je barangan letrik kat kedai? Masa tengah survey tu mesti kita tengok barangan display (demo) dulu kan? Yelaaar...nak tengok contoh model tu...pastu nak test2 la bagus ker tak barang tu....

Katakanlah korang nak beli mesin basuh, mesti korang nak minta yang baru kan? bukan yg tengah di display tu, orang dah sentuh2 belek2, dah comot. Barang besar macam tu mesti nak minta servis penghantaran terus ke rumah kan TAPI adakah anda pasti barang yang di hantar tu BUKAN DISPLAY?

Macam mana nak tau barang tu model yang baru dan bukan display? Haaaa....korang kenalah ambik no. siri kat belakang barang tu. Macam mesin basuh, ada NOMBOR SIRI kat belakang. So bila barang dah sampai PASTIKAN nombor siri tu tak sama ngan nombor siri MODEL DISPLAY ok. Barulah selamat! Terjamin model baru yang belum di buka dari kotak lagi heheheh.....

by http://impiansaljiputih.blogspot.com

Read more...

Mayat Bayi di Kem PLKN

>> Isnin, 30 Mei 2011

PASIR MAS : Seorang pelatih perempuan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Cancun Park, Bukit Tuku dekat sini ditahan polis kerana menyembunyikan kelahiran sehingga menyebabkan kematian bayinya, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Haliludin Rahim berkata kelahiran 'rahsia' pelatih berkenaan disedari selepas pelatih itu yang mengadu sakit dibawa mendapatkan rawatan di sebuah hospital di sini.

"Pihak hospital kemudian mengesahkan suspek telah melahirkan anak sebelum pihak kita menjalankan pemeriksaan mencari mayat bayi perempuan yang dilahirkan suspek di kawasan kem berkenaan kira-kira pukul 4 petang semalam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Beliau berkata mayat bayi tersebut dipercayai dijumpai kakitangan PLKN kem berkenaan di belakang asrama pelatih perempuan dalam kawasan kem.

"Mayat bayi seberat 2.6 kilogram tersebut ditemui masih bertali pusat dan dilahirkan cukup sifat. Mayat itu kemudiannya di bawa ke hospital Pasir Mas untuk dibedah siasat,"
 katanya.

Katanya pelatih berkenaan kini dibawa mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Kota Baharu dan ditahan untuk siasatan lanjut.

Sementara itu Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara Datuk Abdul Hadi Awang Kechil ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kes berkenaan.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pelatih bagi menjaga maruah pelatih dan keluarga.

"Kita menerima laporan mengenai kes itu dan saya telah mengarahkan komander kem mengambil tindakan mengikut perintah yang ditetapkan dan membuat laporan polis," katanya.

Abdul Hadi berkata pelatih tersebut baru melaporkan diri bersama 300 pelatih lain untuk siri kedua pada 15 Mei lepas.

Menurutnya, pelatih tersebut menjalani pemeriksaan kesihatan seperti pelatih lain sebelum melaporkan diri dan lulus dalam pemeriksaan tersebut.



p/s: Kesian tgk bayi tak berdosa di buang begitu sahaja...dh buat x brani tanggung. Hish!

Read more...

Kenapa ternoda?

>> Selasa, 24 Mei 2011



Ketika Salji menulis blog ni Salji dalam keadaan masih tak percaya tapi Salji kuatkan hati, tak nak fikir bukan-bukan. Pernahkah anda menjadi mangsa? atau adakah anda pemangsanya? Setelah Salji mendengar kisah seorang sahabat tentang jerat percintaan, Salji rasa sedih....kecewa...tak percaya...

Bila ini terjadi?
-ketika kamu sedang berdua kerana syaitan adalah yang ke tiga. Dia takkan jemu berbisik agar kamu terus menodai, masuk ke perangkap zina. Sebab tu bila dating, pastikan jangan berdua, ajak beberapa orang kawan ok.

Bagaimana ini terjadi?
-bila kamu crita2 tentang sayang lalu membuat sentuhan pertama ke atas pasangan mu dan dia merelakannya,kamu terus terlena di buai keasyikan cinta hingga kamu rela di nodai. Sepatutnya kamu sebut berulang kali: ASTAGHFIRULLAHHALAZIM.

Kenapa ini terjadi?
-kerana sayang kamu sanggup, rela di perlakukan apa jua asalkan pasangan mu puas dan senang hati tapi kamu tak sedar, pengorbanan mu itu tak berbaloi. Jika kamu beri apa yang tak sepatutnya dia dapat sebelum bergelar isteri atau suami, KAMU RUGI, KAMU HILANG MARUAH DIRI. Tapi manusia sekarang semakin kejam, tak peduli soal maruah.

Benih cinta
-bila terlanjur mulalah gelabah...habis larr harap harap tak pregnant...x pasal pasal baby tak berdosa lahir...then jadi kes buang bayi lak..

Sentiasa ada jalan pulang
-bukanlah manusia namanya jika tak pernah buat silap. Semua orang pernah berdosa, yang membezakan hanyalah sebesar mana dosa yang kamu lakukan. Allah maha penyayang, sentiasa ada jalan pulang untuk umat-Nya. Kamu hanya perlu kembali ke pangkal jalan, teruskan hidup mu,berhenti buat dosa.Jangan salahkan baby akibat dosa mu kerana dia tak bersalah, langsung tak tahu kenapa dia wujud...bukan dia nak pun.. Mulakan langkah baru....menuju ke jalan Allah.

by http://impiansaljiputih.blogspot.com

Read more...

5 Tips hidup happy

>> Khamis, 19 Mei 2011

Happy dah widget dah timbul hehe...
Assalamualaikumm....eh lama tak bagi salam hehee...Salji nak bagi tau ni. Salji happyyyy sesangaatt sebab dah LULUS JET PLANE DRIVE TEST! Huiii! Mengarutlah! hahaaa....saje jew...gimikkkk ^_^ Tak de lah...Salji nak share jew TIPS Hidup Happy...daripada berduka lebih baik kita berdaki eihh? Tak de lah...BERGEMBIRA...Kawan-kawan yg tengah bersedih tuu...meh laarr sini...jangan sedihh2, senyumm sikit cam Mr. Yellow Smiley kat ats tuu ^_^ Haa...kan sweett!

Semua orang pernah bersedih...cam tu juga Salji....bila sedih...air mata menjadi teman...fikiran menjadi buntu...yang kita tahu cuma sedih...tapi kita tak bleh la terus bersedihh...tak de gunanya sedih memanjang...lupakan kesedihan tu cepat2...sebab bila sedih kewarasan kita semakin berkurang. Tak maw lar cam tu...sedih, sedih jugak tapi jangan lah lupa ada banyak benda lagi nak buat. Kang assignment tak siap...kerja tertangguh...eh, daripada aku bersedih lebih baik aku buat kerja! Siap juga kerja aku heheee...

Oleh sebab Salji ni seorang yang sensitif dan kadang-kadang bersedih...tengok crita melayu pun bleh sedihh hehee..Salji pun memikirkan cara-cara nak atasi kesedihan tu. TIPS HIDUP HAPPY! Yayyy!

1. Sembang ngan mak. Cara ni mungkin agak kuno bagi sesetengah orang tapi cara ni sangat berkesan. Bagi mereka yang kurang bersembang ngan mak haaa masa ni lah korang sembang puas2 ngan mak. Tak kira lah cerita apa pun...cuba tanya tentang zaman2 muda mak, pasti dia cerita panjang lebar..secara tak langsung mengeratkan hubungan silaturrahim dan menyelami perasaan mak kita...dan cuba bandingkan kesusahan yang mereka alami dulu dengan kesusahan yang anda alami sekarang? Perbandingan ni menyebabkan kita berfikir. Proses ini membuatkan kita lebih matang.

2. Bersyukur. Bersyukurlah dengan apa yang anda ada atau kecapi dalam hidup ni. Tuhan mendatangkan kesusahan pada kita sebab kita banyak dosa. Sesetengah dosa kecil yang kita buat kat dunia ni di balas dengan kesusahan. Anda patut bersyukur sebab kesusahan tu sebenarnya adalah penghapus dosa-dosa kecil. Tapi jangan lah pulak korang buat-buat susah plak pas ni adoiiiih...takkan terhapus dosa tuu kalau di buat2 hehee..maksudnya di sini..redha lah dengan apa yang terjadi. Ada hikmah di sebalik semua itu..

3. Banyakkan memberi daripada menerima. Ikhlaskanlah hati untuk selalu memberi...sedekah banyak-banyak....pastikan kamu ikhlas...tak ikhlas, jangan bagi. Tak de maknenye....hehe. Mungkin anda boleh buat cheese cake pastu bagi kat kawan...share makan ramai2...mesti dorang happy...bila tengok orang lain happy, kita pun happyy ^_^ Bab masak2 ni biasanya pompuan la kan...lelaki plak cam na? Haa....yg lelaki,kalau pandai masakk...untungg makwe dia! Yang tak pandai masak, belilah makanan kat luar, pe susah...

4. Sembahyang. Jangan lupa, kita ni ada agama. Tanpa agama kita sesat. Bila dah lupa sembahyang, tu yang fikiran celaru...perasaan tak tentu...gelisah...gusar...cuba ambik air sembahyang pastu solat. Tenang kan? Jadi, tak kiralah kita ni jenis orang yang macam mana...jangan sesekali lupa untuk sembahyang. Banyak kelebihan orang yang sembahyang ni...betulll...tak tipu...Cubalah.

5. Sentiasa berfikiran positif,optimis,sihat dan cekap. Fikiran kita ni kena lah jaga elok-elok. Bila rasa berat je fikiran tu, pegi minum air banyak-banyak, alirkan oksigen ke otak...keciann...letih tu duk berfikir seharian. Kita kenalah berfikiran yang baik-baik saja ok..sentiasa positif....terima sesuatu yang negatif tu sebagai satu cabaran. Kalau rasa susah...jadikan cabaran tu macam game arcade online yang perlu di selesaikan..interesting! Macam main game, siapa bijak dia menang...kalau kalah...terimalah saja. Perbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Pastikan minda kita sihat...jangan duk layan benda-benda tak elok dalam internet ni, meracun minda je tu nanti pi mana-mana pun terbayang je ish3...teruk tu,kang semua kerja tak fokus. Cekapkan fikiran mu...bila fikiran cekap...kita jadi aktif, semua kerja manjadi mudah,segala masalah ada cara penyelesaiannya. Latih minda menjadi cekap dengan menjawab soalan. Tak kiralah soalan apa pun...maths ke...BM ke BI ke soal hati ke...

Selamat mencuba...semoga korang hidup happy selalu! Oh ya..kenapa Salji letak tips sembahyang di no. 4? Saje je, bagi kelainan sikit...sepatutnya sembahyang berada di no.1 hehe. Nombor tu tak penting yang penting nak buat ke tak? ^_^

by Salji Putih.

Read more...

Lost Follower. Mana pegi??

>> Rabu, 18 Mei 2011



Malam ni Salji terkejut larr..ingatkan Ben Ashaari main-main je kata ada widget hilang tah ke mana? Tapi bila Salji tengok kat blog sendiri barulah Salji sedar rupa-rupanya betul lah widget follower hilanggg...huhuhuhu cam sedihh je taw...dah la newbie...baru start collect follower....ishh tak leh jadi nih! Widgett oh widget...muncul lah dikauu....aku rindu pada mu....

Read more...

Cikgu Ku, Kejayaan Ku

>> Selasa, 17 Mei 2011


Hari ni...hari guru....salji nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua cikgu2 di Malaysia ni...tanpa cikgu siapalah kita. Hari ni anda seorang doktor, peguam, jurutera, mahasiswa...siapa pun kita...kita berjaya hari ini kerana JASA SEORANG PENDIDIK...TERIMA KASIH CIKGU..

Read more...

9 Tanda orang Lelaki Merajuk

>> Sabtu, 14 Mei 2011

Courtesy of yahoo.com


1. Diam Seribu Bahasa

Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.

2. Buat Tak Tahu

Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.

3. Menolak Untuk Makan Bersama

Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi" (walhal perut lapar... nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan... )

4. Masam Muka

Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)

5. Baca Surat Khabar

Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.

6. Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam

Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!

7. Keluar Rumah Tanpa Beritahu

Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!

8. Matikan Telefon Bimbit

Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!

9. Hisap rokok

Macam tak pernah dapat rokok setahun...

sumber: tentangcinta.com

Read more...

20 perkara perempuan benci tentang lelaki


courtesy of yahoo.com

1. MENINGGIKAN SUARA

Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA

Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA 'CUCI MATA'

Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG

Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka... Macammana tu?

5. EGO

Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.


6. MENIPU

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN

Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji...

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih... Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA

Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN

Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan... apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA

Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa...

13. PANAS BARAN

Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK

Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak... membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR

Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah... hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH

Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN

Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT

Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO

Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!


sumber: tentangcinta.com

Read more...

FIND OUT WHICH SOCIAL CREATURE YOU AND YOUR FRIENDS ARE TODAY!

>> Ahad, 8 Mei 2011


Haaa..nak tahu kamu jenis social creature yang maca mana?? Klik! jer Social Creature saya!

Read more...

Churpchurp bayar DUIT kat korang?

Sesungguhnya Salji amat tertarik ngan link nie...ntah napa tangan ni gatal nak klik! Betul ker? Alaaarrr...kita tak tahu kalau tak cuba....jom TRY! ^_^

Join! Churpchurp hari ini! Woww! Dapat duitt beb bila u joinn! Register je tak perlu bayar apa2.Semudah ABC! Come and join our community!

Read more...

Cinta Heart

>> Sabtu, 7 Mei 2011

1. Cinta tu...lahir dari hati yg tulus dan ikhlas...bila memberi mstilah jujur....dan bila diberi mstilah....di jaga...
2. Cinta tu...adalah perasaan sayang....bila dah sayang....semua pun sanggup...
3. Cinta tu...hadir tanpa di duga...buat kita rasa bahagia...


...itu cerita cinta bila mula berputik....


1. Cinta tu...derita...bila kita di sakiti...
2. Cinta tu...kejam...bila kita di perdaya...
3. Cinta tu...dendam...bila ada rasa benci...


...itu cerita cinta bila mula goyah...


1. Cinta tu...indah...tapi pasti di duga dengan kesakitan....
2. Cinta tu...abadi...bila memilih untuk setia...
3. Cinta tu...musnah...bila diri di nodai...


...itu cerita cinta bila dah sedar...bahawa cinta perlukan kejujuran,penghormatan dan penghargaan...



Courtesy of yahoo.com


Read more...

Blog template by simplyfabulousbloggertemplates.com

Back to TOP