Dikuasakan oleh Blogger.

10 Tips Atasi Rendah Diri Kritikal? DOWN?

>> Khamis, 28 April 2011

Aduhh! Teruknya...isk! Tak bleh jdi nih...penah tak rasa cam tu? Bila terasa sperti smua org mngkritik kta? "Yelah aku taw lar kerja aku kurang bagus bukan tak bguss ok...kurang sket jew....yg ko nak kritik aku lebih2 apsal?" hehehe...msti ada di kalangn kita yg cam ni kn...alaaar mcm Salji lar ^_^ Salji penah alami situasi ni...bukan setakat penah....berkali-kali laar rasanya...addeehh? Tapi Salji terus jugak kuatkn hati...nak survive kenalah pndai cari jalan mcm na nk bangun semula kan..Mcm Salji..Salji bukanlah jenis org yg very straight to the point...Salji jenis yg menjaga hati...tpi sikap ni jugaklah yg kdang2 memakan dri huhuu....org ambik ksempatan atas keprihatinan yg Salji berikan....fuhh...xpa xpa..sabar separuh dripada iman hehe...oleh sbab tu lah Salji memikirkan cara-cara mcm mna nk atasi perasaan DOWN.

Cara-cara atasi perasaan down / rendah diri kritikal:

1. Luahkan apa yg anda rasa, jangan di pendam di dalam hati. Cari seseorang utk luahkan perasaan mcm kat BFF,BF,GF? Tapi kawan baik atau mak ayah lgi afdal kowt heheh...

2. Dengarlah lagu2 yg bleh mnaikkan smangat mcm Salji..Salji akn dgr lagu2 yg MEWAKILI PERASAAN Salji ketika itu...contohnya lagu "Perfect" by Pink. Waahhh...lantak lah. Nyanyi smpai pecah suara pn xpa ^_^ (tapi adalah lebih baik jika anda mndengar lgu2 berunsur keagamaan cam lgu Maher Zain kn hehe..)

3. Bersenam. Dengan bersenam kta jdi aktif, stress pn kurang pastu otak ni laju jew berfikir...shooh! shhoooh! blah lar korang yg kutuk2 aku, kritik2 aku...aku akn buktikn aku lbih baik drpd korang huh! Waah..secara x lngsung kta dpat memotivasikn dri sndri.

4. Baca ayat2 motivasi dan memberikan inspirasi. Haa...mcm baca blog Salji laar heheh...KALAU ANDA RASA ANDA TAK SEMPURNA, ITU NORMAL. Tiada manusia yg sempurna di muka bumi Allah ni. Kalau ada...tu bukan manusia, tu malaikat kowt hehe.

5. Belajar perbaiki kelemahan diri. Nak atasi rasa rendah dri ni kenalah belajar perbaiki kelemahan diri dan sentiasa berusaha utk mnjadi lebih baik.

6. Jangan malu bertanya. Kenalah rajin bertanya kalau tak tahu. Jangan diam je nanti apa pun tak tahu pastu nanti asyik ketinggalan je. Jangan lah wat malu diri sndri syg oii....aktifkan dirimu!

7. Tanamkan sikap positif dan optimis dalam diri. Sikap ni penting supaya kta bleh terus maju dan kuat utk hadapi pelbagai cabaran. Optimis! Sentiasa pikir yg baik2 saja. Yg negatif tu buang jauh2.

8. Jaga penampilan. Kenalah berpenampilan kemas dan bersih. Tak payah lawa/cun/meletup/kacak/bergaya. Cukuplah sekadar KEMAS & BERSIH.

9. Praktis komunikasi. Kenalah rajin latih mulut tu bercakap agar percakapan sentiasa lancar. Contoh: Baca newspaper kuat2, menyanyi atau pn bercerita (call member, crita ksong,last2 kredit ko habes haha).

10. BerSoSial. Kenalah pandai bersosial. Join group yg anda rasa anda minat. Contohnya anda minat blog, so join la group yg suka share pasal blog. Bila anda join group yg anda minat, anda pasti akan bercakap tentang perkara yg sama.Maka terjalinlah hubungan yg erat hehe. Crita punya crita ambboiii dah 3 jam ko bercerita. Dah maghrib dah ni tak nak pulang kew? haha...

Selamat mencuba! Yakin pada diri sendiri dan jangan mudah putus asa. Terimalah kelemahan,Hargailah kelebihan. Terimalah diri kita seadanya. You are perfect to me ^_^


Courtesy of yahoo.com

by Salji Putih http://impiansaljiputih.blogspot.com

Read more...

Cara-cara Menghadapi Perasaan Bersalah

>> Selasa, 26 April 2011

...MAAF,satu ungkapan yg kadangkala di abaikan. Sebagai insan...kita tak lepas dripada sikap ego kn? Camtu juga Salji. Salji akui kdg2 ego mngatasi segalanya...terang2 buat salah, buat tak tahu....mnta maaf pun tak. Huhuh...hati tak tenang...sebab kta tahu kta buat salah tpi x nak ngaku...jadi Salji pun memikirkn satu cara utk menghadapi situasi tu...huhu walaupn kdg2 Salji sndri x buat tpi...cara ni agak berkesan.


Cara-cara menghadapi perasaan bersalah:

1. Tarik nafas panjang-panjang.

2. Bertenang seketika...kalau tak tahu camna nak bertenang,cuba fikirkan sesuatu yg positif seperti berkata pada diri sendiri: "Alaaar tak rugi pun minta maaf..." "...minta maaf jer...bukan nak bunuh org pun..." "..bukan kena pukul pun..." "...klu kena pukul,aku rela. Sapa suruh buat salah?"

3. Ikhlaskan hatimu. Mesti ikhlas. Kalau tak ikhlas berhenti sampai di sini sahaja.

4. Jumpa orang tu. Tengok mata dia.

5. Sebut nama dia. Cakap lembut2..sampaikan hajatmu. Contoh: "Hai,Liya. Aku datang jumpa ko sebab ada sesuatu aku nak cakap. Aku dah fikir masak2...sampai sayur..ikan...ayam aku dah masak. Eh, sorry..saja melawak..walaupun tak lawak...hehe. Bukan apa..aku tak nak laar dalam keadaan tension cam ni kan...kau kawan aku...aku kawan ko....Liya, aku nak minta maaf pasal hal semalam. Kalau ko nk marah aku....ko marah laar..janji ko maafkn aku...lepas ko maafkn aku...aku lak marah ko...eh, tak de laar hehe..." (Hahaha...bila masa plak bleh fikirkn cara cakap mcm ni...lawak laar haha ^_^ ni contoh jew owkey..mungkn cara Salji mcm tu..)

6. Hulurkan tangan. Shake hand lerr.. ^_^

Courtesy of yahoo.com

by Salji Putih. http://impiansaljiputih.blogspot.com

Read more...

Betulkan Aibmu..

>> Isnin, 25 April 2011

....sibukkanlah dirimu dengan membetulkan aibmu berbanding aib orang lain.. sesungguhnya Allah tidak menciptakan kita sempurna & terpelihara dari dosa.. setiap kita pasti menanggung dosa & aib sendiri.. berbahagialah mereka yang sibuk memperbaiki diri sendiri berbanding sibuk memerhatikan aib manusia..


courtesy of  sahabiah on 31.12.2007 18:19 [iLuvislam.com]


p/s: waaah...sama-sama kta renungkan..kata2 ni salji jumpa kt iLuvislam.com.

Read more...

7 Tips Asas Menggembirakan Hati Yang Sengsara, Sedih dan Kecewa

>> Ahad, 24 April 2011


7 tips asas menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara untuk berdepan dengan emosi tersebut, saya gabungkan dengan cara saya sendiri. Kita mulakan dengan…

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.

Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.

Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…

6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan.

Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti ‘Keras’.
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.

Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.

Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.

Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.


courtesy of baihaqi.net

Read more...

Jangan Bersedih...



Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangisan:

· Menangis kerana terlalu sedih.
· Menangis kerana terasa hina dan lemah
· Menangis untuk mendapat belas kasihan orang
· Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis
· Menangis orang munafik - pura-pura menangis
· Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati
· Menangis kerana rasa takut
· Menangis kerana cinta
· Menangis kerana gembira
· Menangis kerana menghadapi penderitaan.

"..Dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43)
Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangisan, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil, namun ia tidak pernah kering, ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti? Jika air mata itu ditampung banjirlah dunia ini.
Menangis tercela atau terpuji??? Ada tangisan yang sangat dicela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.
Tangisan dapat memadamkan api neraka. Rasulullah saw bersabda: Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tidak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."
Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit kerana tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya, lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum saya pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."

Air mata yang tiada di tuntut:
· Janganlah menangis kalau tidak tercapai cita-cita. Bukankah Tuhan yang telah menentukannya.
· Janganlah menangis kerana cinta tidak berbalas, mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
· Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
· Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.

Dari itu...?
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah S.W.T.
Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.


Read more...

Tanda akal seseorang itu ialah pekerjaannya dan tanda ilmu seseorang itu ialah perkataannya.

>> Sabtu, 23 April 2011


Tanda akal seseorang itu ialah pekerjaannya dan tanda ilmu seseorang itu ialah perkataannya. 

Usahlah bimbang jika diri anda tidak dihargai,akan tetapi anda perlu bimbang jika diri anda tidak berharga lagi. 

Iman itu ibarat air laut, yang kadangkala surut,oleh kerana itu berusahalah supaya iman terus bertambah. 

Empat macam nilai yang tidak dapat dinilai dan merasakannnya kecuali yang empat macam kumpulan pula. 
a)Harga atau nilai masa muda tidak diketahui kecuali oleh orang yang sudah tua. 
b)Harga atau nilai kesihatan,tidak diketahui kecuali orang-orang yang sakit 
c)Harga atau nilai keselamatan tidak diketahui kecuali oleh orang-orang yang ditimpa bala 
d)Harga atau nilai hidup,tidak diketahui kecuali oleh orang-orang yang telah mati 

Kebodohan adalah penyakit,kerana sama halnya dengan orang yang buta berjalan ditempat gelap-gelita tanpa cahaya.Kebodohan akan membawa kepada kesesatan.Tidak ada musuh yang lebih berbahaya daripada kebodohan.Bergaul dengan orang yang bodoh adalah seksaan.Kerugian,kesusahan,kelemahan dan kehinaan bukanlah timbul daripada nasib buruk akan tetapi kerana kebodohan. 

Kalau perbuatanmu yang baik itu mengembirakan hatimu dan perbuatanmu yang jahat itu meresahkan hatimu,maka itu adalah tanda-tanda bahawa kamu seorang mukmin. 

Orang yang kurang ditimpa kesulitan jiwanya akan lemah dan orang yang kurang bekerja badannya pula akan lemah. 

Bagi orang yang pandai bergaul,pintu masyarakat terbuka luas untuknya.Kalau pandai bergaul, yang berat menjadi ringan,yang jauh menjadi dekat,yang susah menjadi mudah.Dunia ini baginya hanya sebesar bola. 

Untuk mendapat rezeki,hasil dan nasib yang baik,setiap orang itu harus berani menempuh bahaya, rezeki itu melekat dalam bahaya. 

Janganlah salahkan yang b*doh kerana tidak tahu.Tetapi salahkan yang cerdik kerana tidak menunjuk (mengajar)......(IMAM GHAZALI) 

Orang yang mementingkan dunia akan selalu menyalahkan orang lain.Sedangkan yang mementingkan akhirat akan selalu mencari kesalahan dirinya.......(SYAIR ARAB) 

Sebaik-baik manusia adalah mereka yang apabila melakukan sesuatu pekerjaan,mereka melakukannya dengan ikhlas dan cara yang baik...........(HADIS) 


p/s salji terbaca tentang artikel ni kat ittutor.net. ^_^ cam best...so salji pun pinjam.

ref: http://www.perpustam.edu.my/web/mazzmi/mutiarakata.h

Read more...

Jangan di kenang yg sudah lalu...

>> Jumaat, 22 April 2011

semua orang pernah melalui saat-saat suka dan duka...bgitu juga salji...tpi...kisah yg lalu usah di kenang...lebih2 lagi klu kisah tu kisah sedih...salji pun ada kisah sedih...sedihhh...sgt sedihh...tpi salji slalu ingtkan dri salji agar sntiasa tabah dan kuat hadapi apa jua...namun sbgai mnusia...kita x lari dri merasa lemah...ptus asa...dan kecewa...kita tak sempurna...tpi kita ada akal fikiran yg waras utk hadapi smua itu...jadi BERUSAHALAH! smoga hidup kita lebih berHARGA!

Read more...

Yay!! Dpat sudaa....

yayy! akhirnya dpat jugak salji ksi center chat box tu...tgk laar...comei dah ehee...
setelah puas mngerah otak rupa2nya...x payah edit html yg dlm kod <a> </a> tu....just dlm rich text tu ja letak atas skali <center> pastu bwh skali slepas chatbox tu </center> tadaaaa! :) dh jadi!

Read more...

I Never told you...

Its been a year...and a year...I never told you....I guess..you never know...huhu....adduuhh emosi plak hehe...xda laar...salji suka dgr lagu tu...cuba dgr ^_^ ada kt music box salji...lagu tu mpunyi mksud yg mndlam n mcm kena ja ngn kisah salji uisehhh.. ^_^ huhuhu...

Read more...

tgklaar shoutmix salji...x bleh centre..geram!

huhuhu....da puas salji pkir cmna nk centre kn shoutmix ni...cmna ek? tolong...tolong salji! tdi p chatting.com...da tnya chatters tpi respon kurng memuaskn hti uhuhu...but thanks to nurul ^_^ at least she share somethng..huurrmm...sdang menanti jawapan...

Read more...

waahh..migrain ka?

hye...salji nak ngadu ckit ni...hri ni bgun pagi ja sakit pala huhu....cam rasa maw muntah pun ada hhuhu cdeyy..salji rasa x sdap bdan lar hri ni napa ya? op?! jgn pkir bukan2 plak haha ^_^
euurrm...migrain kali kn...yaa migrain lar ni huhu. Tak maw mkn ubat...x suka...urut2 pala ja laar hehe...breakfast pagi ni mam biskut,maggie n mnum teh...elakkan coffee nnti tmbah migrain ja ehee...n suddenly I felt so alone... :(

Read more...

Bermulanya langkah baru.....

>> Selasa, 19 April 2011

Assalamualaikum.....
hri ni salji wat blog....4 the first time salji nk ckap2 psal bnyak bnda dlm hdup....heuurrmm...salji nak teroka dunia blog....cm na ya jdi blogger ni? hmm? ^_^ harap2 dpat rmai follower and then share tntang apa jua yg bleh d share hehehe...yg ni testing testing jew...nak tgk rupa bntuk blog ni...d mna laar nk cari template2 yg cute mute tiutt cam blog len ya?

Read more...

Blog template by simplyfabulousbloggertemplates.com

Back to TOP