Dikuasakan oleh Blogger.

Tanda akal seseorang itu ialah pekerjaannya dan tanda ilmu seseorang itu ialah perkataannya.

>> Sabtu, 23 April 2011


Tanda akal seseorang itu ialah pekerjaannya dan tanda ilmu seseorang itu ialah perkataannya. 

Usahlah bimbang jika diri anda tidak dihargai,akan tetapi anda perlu bimbang jika diri anda tidak berharga lagi. 

Iman itu ibarat air laut, yang kadangkala surut,oleh kerana itu berusahalah supaya iman terus bertambah. 

Empat macam nilai yang tidak dapat dinilai dan merasakannnya kecuali yang empat macam kumpulan pula. 
a)Harga atau nilai masa muda tidak diketahui kecuali oleh orang yang sudah tua. 
b)Harga atau nilai kesihatan,tidak diketahui kecuali orang-orang yang sakit 
c)Harga atau nilai keselamatan tidak diketahui kecuali oleh orang-orang yang ditimpa bala 
d)Harga atau nilai hidup,tidak diketahui kecuali oleh orang-orang yang telah mati 

Kebodohan adalah penyakit,kerana sama halnya dengan orang yang buta berjalan ditempat gelap-gelita tanpa cahaya.Kebodohan akan membawa kepada kesesatan.Tidak ada musuh yang lebih berbahaya daripada kebodohan.Bergaul dengan orang yang bodoh adalah seksaan.Kerugian,kesusahan,kelemahan dan kehinaan bukanlah timbul daripada nasib buruk akan tetapi kerana kebodohan. 

Kalau perbuatanmu yang baik itu mengembirakan hatimu dan perbuatanmu yang jahat itu meresahkan hatimu,maka itu adalah tanda-tanda bahawa kamu seorang mukmin. 

Orang yang kurang ditimpa kesulitan jiwanya akan lemah dan orang yang kurang bekerja badannya pula akan lemah. 

Bagi orang yang pandai bergaul,pintu masyarakat terbuka luas untuknya.Kalau pandai bergaul, yang berat menjadi ringan,yang jauh menjadi dekat,yang susah menjadi mudah.Dunia ini baginya hanya sebesar bola. 

Untuk mendapat rezeki,hasil dan nasib yang baik,setiap orang itu harus berani menempuh bahaya, rezeki itu melekat dalam bahaya. 

Janganlah salahkan yang b*doh kerana tidak tahu.Tetapi salahkan yang cerdik kerana tidak menunjuk (mengajar)......(IMAM GHAZALI) 

Orang yang mementingkan dunia akan selalu menyalahkan orang lain.Sedangkan yang mementingkan akhirat akan selalu mencari kesalahan dirinya.......(SYAIR ARAB) 

Sebaik-baik manusia adalah mereka yang apabila melakukan sesuatu pekerjaan,mereka melakukannya dengan ikhlas dan cara yang baik...........(HADIS) 


p/s salji terbaca tentang artikel ni kat ittutor.net. ^_^ cam best...so salji pun pinjam.

ref: http://www.perpustam.edu.my/web/mazzmi/mutiarakata.h

0 comments:

Catat Ulasan

Blog template by simplyfabulousbloggertemplates.com

Back to TOP