Dikuasakan oleh Blogger.

5 Tips hidup happy

>> Khamis, 19 Mei 2011

Happy dah widget dah timbul hehe...
Assalamualaikumm....eh lama tak bagi salam hehee...Salji nak bagi tau ni. Salji happyyyy sesangaatt sebab dah LULUS JET PLANE DRIVE TEST! Huiii! Mengarutlah! hahaaa....saje jew...gimikkkk ^_^ Tak de lah...Salji nak share jew TIPS Hidup Happy...daripada berduka lebih baik kita berdaki eihh? Tak de lah...BERGEMBIRA...Kawan-kawan yg tengah bersedih tuu...meh laarr sini...jangan sedihh2, senyumm sikit cam Mr. Yellow Smiley kat ats tuu ^_^ Haa...kan sweett!

Semua orang pernah bersedih...cam tu juga Salji....bila sedih...air mata menjadi teman...fikiran menjadi buntu...yang kita tahu cuma sedih...tapi kita tak bleh la terus bersedihh...tak de gunanya sedih memanjang...lupakan kesedihan tu cepat2...sebab bila sedih kewarasan kita semakin berkurang. Tak maw lar cam tu...sedih, sedih jugak tapi jangan lah lupa ada banyak benda lagi nak buat. Kang assignment tak siap...kerja tertangguh...eh, daripada aku bersedih lebih baik aku buat kerja! Siap juga kerja aku heheee...

Oleh sebab Salji ni seorang yang sensitif dan kadang-kadang bersedih...tengok crita melayu pun bleh sedihh hehee..Salji pun memikirkan cara-cara nak atasi kesedihan tu. TIPS HIDUP HAPPY! Yayyy!

1. Sembang ngan mak. Cara ni mungkin agak kuno bagi sesetengah orang tapi cara ni sangat berkesan. Bagi mereka yang kurang bersembang ngan mak haaa masa ni lah korang sembang puas2 ngan mak. Tak kira lah cerita apa pun...cuba tanya tentang zaman2 muda mak, pasti dia cerita panjang lebar..secara tak langsung mengeratkan hubungan silaturrahim dan menyelami perasaan mak kita...dan cuba bandingkan kesusahan yang mereka alami dulu dengan kesusahan yang anda alami sekarang? Perbandingan ni menyebabkan kita berfikir. Proses ini membuatkan kita lebih matang.

2. Bersyukur. Bersyukurlah dengan apa yang anda ada atau kecapi dalam hidup ni. Tuhan mendatangkan kesusahan pada kita sebab kita banyak dosa. Sesetengah dosa kecil yang kita buat kat dunia ni di balas dengan kesusahan. Anda patut bersyukur sebab kesusahan tu sebenarnya adalah penghapus dosa-dosa kecil. Tapi jangan lah pulak korang buat-buat susah plak pas ni adoiiiih...takkan terhapus dosa tuu kalau di buat2 hehee..maksudnya di sini..redha lah dengan apa yang terjadi. Ada hikmah di sebalik semua itu..

3. Banyakkan memberi daripada menerima. Ikhlaskanlah hati untuk selalu memberi...sedekah banyak-banyak....pastikan kamu ikhlas...tak ikhlas, jangan bagi. Tak de maknenye....hehe. Mungkin anda boleh buat cheese cake pastu bagi kat kawan...share makan ramai2...mesti dorang happy...bila tengok orang lain happy, kita pun happyy ^_^ Bab masak2 ni biasanya pompuan la kan...lelaki plak cam na? Haa....yg lelaki,kalau pandai masakk...untungg makwe dia! Yang tak pandai masak, belilah makanan kat luar, pe susah...

4. Sembahyang. Jangan lupa, kita ni ada agama. Tanpa agama kita sesat. Bila dah lupa sembahyang, tu yang fikiran celaru...perasaan tak tentu...gelisah...gusar...cuba ambik air sembahyang pastu solat. Tenang kan? Jadi, tak kiralah kita ni jenis orang yang macam mana...jangan sesekali lupa untuk sembahyang. Banyak kelebihan orang yang sembahyang ni...betulll...tak tipu...Cubalah.

5. Sentiasa berfikiran positif,optimis,sihat dan cekap. Fikiran kita ni kena lah jaga elok-elok. Bila rasa berat je fikiran tu, pegi minum air banyak-banyak, alirkan oksigen ke otak...keciann...letih tu duk berfikir seharian. Kita kenalah berfikiran yang baik-baik saja ok..sentiasa positif....terima sesuatu yang negatif tu sebagai satu cabaran. Kalau rasa susah...jadikan cabaran tu macam game arcade online yang perlu di selesaikan..interesting! Macam main game, siapa bijak dia menang...kalau kalah...terimalah saja. Perbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Pastikan minda kita sihat...jangan duk layan benda-benda tak elok dalam internet ni, meracun minda je tu nanti pi mana-mana pun terbayang je ish3...teruk tu,kang semua kerja tak fokus. Cekapkan fikiran mu...bila fikiran cekap...kita jadi aktif, semua kerja manjadi mudah,segala masalah ada cara penyelesaiannya. Latih minda menjadi cekap dengan menjawab soalan. Tak kiralah soalan apa pun...maths ke...BM ke BI ke soal hati ke...

Selamat mencuba...semoga korang hidup happy selalu! Oh ya..kenapa Salji letak tips sembahyang di no. 4? Saje je, bagi kelainan sikit...sepatutnya sembahyang berada di no.1 hehe. Nombor tu tak penting yang penting nak buat ke tak? ^_^

by Salji Putih.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog template by simplyfabulousbloggertemplates.com

Back to TOP