Dikuasakan oleh Blogger.

Kenapa ternoda?

>> Selasa, 24 Mei 2011



Ketika Salji menulis blog ni Salji dalam keadaan masih tak percaya tapi Salji kuatkan hati, tak nak fikir bukan-bukan. Pernahkah anda menjadi mangsa? atau adakah anda pemangsanya? Setelah Salji mendengar kisah seorang sahabat tentang jerat percintaan, Salji rasa sedih....kecewa...tak percaya...

Bila ini terjadi?
-ketika kamu sedang berdua kerana syaitan adalah yang ke tiga. Dia takkan jemu berbisik agar kamu terus menodai, masuk ke perangkap zina. Sebab tu bila dating, pastikan jangan berdua, ajak beberapa orang kawan ok.

Bagaimana ini terjadi?
-bila kamu crita2 tentang sayang lalu membuat sentuhan pertama ke atas pasangan mu dan dia merelakannya,kamu terus terlena di buai keasyikan cinta hingga kamu rela di nodai. Sepatutnya kamu sebut berulang kali: ASTAGHFIRULLAHHALAZIM.

Kenapa ini terjadi?
-kerana sayang kamu sanggup, rela di perlakukan apa jua asalkan pasangan mu puas dan senang hati tapi kamu tak sedar, pengorbanan mu itu tak berbaloi. Jika kamu beri apa yang tak sepatutnya dia dapat sebelum bergelar isteri atau suami, KAMU RUGI, KAMU HILANG MARUAH DIRI. Tapi manusia sekarang semakin kejam, tak peduli soal maruah.

Benih cinta
-bila terlanjur mulalah gelabah...habis larr harap harap tak pregnant...x pasal pasal baby tak berdosa lahir...then jadi kes buang bayi lak..

Sentiasa ada jalan pulang
-bukanlah manusia namanya jika tak pernah buat silap. Semua orang pernah berdosa, yang membezakan hanyalah sebesar mana dosa yang kamu lakukan. Allah maha penyayang, sentiasa ada jalan pulang untuk umat-Nya. Kamu hanya perlu kembali ke pangkal jalan, teruskan hidup mu,berhenti buat dosa.Jangan salahkan baby akibat dosa mu kerana dia tak bersalah, langsung tak tahu kenapa dia wujud...bukan dia nak pun.. Mulakan langkah baru....menuju ke jalan Allah.

by http://impiansaljiputih.blogspot.com

1 comments:

nuranne 29 Mei 2011 pada 12:00 PG  

Ruginya yang lebih bernilai dari permata sia-sia macam tu ja.

Catat Ulasan

Blog template by simplyfabulousbloggertemplates.com

Back to TOP